Month: Disember 2023

Tuhanku Dekat

Lebih daripada 30 tahun, Lourdes, seorang guru vokal di Manila, telah mengajar murid-muridnya secara bersemuka. Apabila dia disuruh untuk membuat kelas dalam talian, dia berasa cemas. “Aku tidak pandai menggunakan komputer,” katanya. “Komputer riba aku sudah lama, dan aku pun tidak biasa dengan platform konferensi video.”

Dilema Krismas

David dan Angie berasa terpanggil untuk berpindah dan melayani di luar negara, hasil pelayanan mereka yang berbuah seolah-olah mengesahkan panggilan ini. Tetapi ada satu hal yang sukar bagi mereka. Ibu bapa David yang sudah berusia lanjut kini akan menghabiskan Krismas yang berikutnya tanpa mereka.

Komuniti dalam Kristus

Di bahagian selatan Bahamas terletaknya sebidang tanah kecil yang dipanggil Pulau Ragged. Pada kurun ke-19, ia mempunyai sebuah perindustrian garam yang aktif, tetapi disebabkan kemerosotan dalam industri tersebut, banyak orang berpindah ke pulau-pulau yang berdekatan. Pada tahun 2016, apabila kurang daripada 80 orang tinggal di sana, munculnya tiga denominasi agama di pulau tersebut. Namun semua orang berkumpul bersama di sebuah tempat untuk beribadat dan bersekutu setiap minggu. Dengan jumlah penduduk yang sangat sedikit, mereka menyedari bahawa nilai kemasyarakatan adalah sangat penting bagi mereka.

Sama Rata di Hadapan Tuhan

Semasa bercuti, saya dan isteri menikmati aktiviti berbasikal pada awal pagi. Satu laluan membawa kami melalui kawasan perumahan yang bernilai jutaan dolar. Kami melihat pelbagai golongan manusia—penduduk membawa anjing mereka berjalan-jalan, para penunggang basikal, dan ramai pekerja pembinaan rumah baru dan yang menjaga landskap-landskap yang terpelihara dengan baik. Ia merupakan campuran orang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, dan saya diingatkan tentang realiti yang berharga, bahawa sebenarnya tiada perbezaan antara kita. Kaya atau miskin. Hartawan atau golongan pekerja. Orang ternama atau orang biasa. Semua orang yang berada di laluan pada pagi itu adalah sama rata. “Orang kaya dan orang miskin mempunyai kesamaan: TUHAN yang menjadikan mereka semua” (Amsal 22:2). Tanpa mengira perbezaan, setiap kita diciptakan menurut gambaran-Nya. (Kejadian 1:27).

Oh Malam Kudus: Pujian Krismas

Oh Malam Kudus: Pujian Krismas

Adakah anda mahu merayakan Krismas kali ini dengan sukacita sambil merenungkan lagu-lagu pujian Krismas yang bermakna? Sempena Krismas pada tahun ini, mari bersama-sama membaca renungan 5 hari yang bertajuk Malam Kudus: Pujian Krismas - 5 Renungan Menjelang Krismas Melalui renungan ini, anda boleh menghayati latar belakang lagu tersebut sambil mengucap syukur.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=eXGDscLXr2w?si=i-2L5KZoJN7d_o0-&w=375&h=250]

Apakah berita baik…